Hidup segan, mati tak mahu. Itulah perumpamaan tepat bagi pasukan berstatus negeri, Melaka FA. Diluah mati mak namun ditelan mati bapak. Sejak pengumuman penjenamaan semula pasukan (rebranding) oleh Ketua Menteri, Datuk Idris Haron menjadi Melaka United Soccer Association (MUSA), barulah penyokong Melaka mampu menarik nafas lega.
Walaupun tidak melakukan
perubahan besar seperti pasukan jiran Selatan, Johor Darul Takzim (JDT), usaha yang dilakukan Idris wajar diberikan pujian. Namun, penulis tidak mahu menyentuh isu MUSA kerana
sehingga ke hari ini, sudah beberapa individu mula menerbitkan page di Facebook mahupun Twitter khas
buat pasukan ini, walhal kemana hilangnya Melaka selama 3 musim kebelakangan
ini tidak pernah diendahkan mahupun didedahkan.
KEMPEN 3 TAHUN DI LIGA FAM
Prestasi hambar dalam kempen Liga Perdana pada tahun 2010 menyebabkan Melaka terjerumus ke lembah hina dalam struktur liga bola sepak kebangsaan. Untuk rekod, Melaka menamatkan kempen di kedudukan kedua terbawah (ke-11) dalam liga, ketinggalan tiga mata dibelakang MP Muar, pasukan yang terselamat dari zon penyingkiran dan 10 mata di hadapan pasukan di dasar liga, Shahzan Muda.
Prestasi hambar dalam kempen Liga Perdana pada tahun 2010 menyebabkan Melaka terjerumus ke lembah hina dalam struktur liga bola sepak kebangsaan. Untuk rekod, Melaka menamatkan kempen di kedudukan kedua terbawah (ke-11) dalam liga, ketinggalan tiga mata dibelakang MP Muar, pasukan yang terselamat dari zon penyingkiran dan 10 mata di hadapan pasukan di dasar liga, Shahzan Muda.
Melaka United gagal memberikan saingan di Liga FAM biarpun hanya berdepan pasukan amatur. |
Harapan penyokong Melaka yang optimis
pasukan mampu melakukan kebangkitan seperti The Reds Warriors nyata tinggal harapan. Walaupun hanya bersaing dengan pasukan berstatus
kelab, Melaka terkapai kelemasan dalam liga yang tidak cukup kompetetif ini. Natijahnya, pasukan sekadar
menamatkan kedudukan di tangga keenam dari sebelas pasukan. Maka berakhirlah
hikayat dongeng yang dicuba dicipta pasukan Hang Tuah ini.
GAGAL... inilah kedudukan terakhir Melaka pada musim pertama di Liga FAM. |
Bagai sudah jatuh ditimpa
tangga, malang berterusan mendampingi Melaka apabila terus kekal di Liga FAM
untuk musim ketiga apabila menamatkan saingan di tangga ketujuh liga, satu
tempat selamat dari tersingkir dari liga. Amat memalukan tapi inilah hakikat sebenar.
Sebaliknya, pasukan berstatus kelab, SPA FC dan UiTM FC mara ke Liga Perdana
meninggalkan Melaka terkapai-kapai bergelut di zon penyingkiran.
HILANG ARAH... tiada apa yang mampu dilakukan pihak pengurusan bagi mengembalikan maruah Melaka. |
Musim lepas, pasukan ini
mendapat tonik terbaik apabila anak jati, Fauzzi Kassim kembali ke pangkuan pasukan. Kehadiran penyerang berbisa ini dijangka mampu membantu
Melaka layak ke Liga Perdana. Bekas penyerang Johor itu menunjukkan prestasi konsisten dalam setiap perlawanan namun sokongan dari rakan pasukan tidak cukup membantu menterjemahkan kemenangan dalam setiap perlawanan.
Namun, masalah dalam dan luar padang yang dicetuskan baik rakan sepasukan mahupun pihak pengurusan menyekat hasrat Melaka. Hasilnya, Melaka hanya berada di tempat keenam liga dan bakal beraksi di Liga FAM untuk tahun keempat berturut-turut.
Namun, masalah dalam dan luar padang yang dicetuskan baik rakan sepasukan mahupun pihak pengurusan menyekat hasrat Melaka.
GAGAL LAGI... kemasukan Fauzzi Kassim belum cukup membantu Melaka ke Liga Perdana. |
Apakah sebenarnya punca kegagalan pasukan Melaka dari tahun 2010 sehingga 2013? Di mana silapnya? Disini terdapat beberapa kemungkinan yang jelas mengenai kegagalan pasukan ini sepanjang tiga musim di Liga FAM.
ROMBAKAN ATAU KONSPIRASI?
Selepas tersingkir ke Liga FAM, Melaka diambilalih oleh jurulatih, Ramli Junit. Perancangan bagi mengembalikan maruah Melaka berjalan dengan baik dengan sesi pemilihan pemain telah dilakukan dengan jayanya. Ramli berjaya membawa masuk beberapa pemain utama yang dirasakannya mempunyai kualiti untuk Melaka.
Disangkakan hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Beberapa individu berkepentingan dalam pasukan nyata tidak 'berkenan' dengan pemain pilihan Ramli. Natijahnya, pemain pilihan Ramli disingkirkan dan pemain pilihan 'orang penting' dibawa masuk. Ramli digantikan dengan Manja Man. Tidak perlu diulas panjang lebar mengenainya. Jika anda faham mengenai MAFA, anda tahu kenapa ini terjadi dan siapa 'orang penting' itu. Rombakan atau konspirasi?
PENGABAIAN PASUKAN OLEH TUAN 'PRESIDEN'
ROMBAKAN ATAU KONSPIRASI?
Usaha Ramli untuk merombak pasukan tidak berjaya selepas beliau disingkirkan diawal musim. |
Disangkakan hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Beberapa individu berkepentingan dalam pasukan nyata tidak 'berkenan' dengan pemain pilihan Ramli. Natijahnya, pemain pilihan Ramli disingkirkan dan pemain pilihan 'orang penting' dibawa masuk. Ramli digantikan dengan Manja Man. Tidak perlu diulas panjang lebar mengenainya. Jika anda faham mengenai MAFA, anda tahu kenapa ini terjadi dan siapa 'orang penting' itu. Rombakan atau konspirasi?
PENGABAIAN PASUKAN OLEH TUAN 'PRESIDEN'
Pernahkah Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam sebelum ini ambil kisah mengenai MAFA? Pernahkah beliau kisah akan sejauh mana pencapaian pasukan setiap musim? Apakah kebajikan pemain terbela? Cukupkah dana untuk pasukan setiap musim? Jawapannya tetap sama, tidak, tidak dan tidak.
Sepatutnya, Ketua Menteri secara automatik dilantik sebagai presiden persatuan bola sepak negeri namun, ia berlaku sebaliknya di Melaka. Ketua Menteri menyerahkan jawatan ini kepada exco kerajaan negeri, Datuk Yunos Husin. Hasilnya, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh ADUN Ayer Molek itu.
Awal musim 2013, Yunos bersama ahli majlis tertinggi MAFA telah mengadakan pertemuan dengan wakil penyokong dan beberapa komrad Ultras Taming Sari (UTS) bagi menjelaskan sasaran pengurusan untuk musim itu serta perbincangan mengenai lain-lain hal berkaitan pasukan.
Yunos (dua dari kiri) dipertanggungjawabkan mengemudi MAFA namun kredibilitnya sebagai pemimpin dipersoal. |
Satu perjumpaan antara Yunus (kanan), Hahi Salleh (dua dari kanan) dan sekumpulan penyokong Melaka. |
Intipati mesyuarat boleh didapati di sini: - Mesyuarat MAFA - Penyokong
ISU BOOKIE YANG BERPANJANGAN
Musim berikutnya juga episod sama berulang, melihatkan prestasi hambar pada permulaan musim, pengurusan merombak pasukan dengan membawa masuk pemain baru pada jendela perpindahan April 2012. Ada khabar yang diterima penulis, pemain yang disingkirkan adalah rata-ratanya pemain yang telah 'diupah' bookie untuk mengatur perlawanan. Ianya turut diakui oleh beberapa pemain dalam pasukan.
Musim lalu adalah musim yang amat menyedihkan. Walaupun pasukan mendapat sentuhan penyerang berbisa, Fauzzi Kassim, skuad ini tetap dihantui oleh beberapa pemain bookie. Natijahnya, permulaan yang lebab dipamerkan pasukan. Namun, pihak kejurulatihan berjaya mengesan kehadiran mereka dalam pasukan sehinggakan beberapa pemain ini meninggalkan pasukan sekaligus mengecilkan skuad sedia ada.
Penulis sendiri dapat melihat bagaimana 'daifnya' pasukan ketika mereka bertandang ke Ipoh musim lepas. Apabila penjaga gol utama, Mohd Bidaus disahkan tidak cergas, jurulatih terpaksa menggunakan penjaga gol skuad piala presiden untuk beraksi. Di bangku simpanan hanya terdapat beberapa pemain yang sekadar cukup untuk memenuhkan kuota. Tiada penjaga gol simpanan ketika itu. Amat menyedihkan.
SIKAP PEMAIN YANG MENJELIKKAN
Pasukan ini terus dihantui oleh pelbagai masalah. Menurut sumber, penulis dikhabarkan bahawa sikap yang ditunjukkan pemain amat mendukacitakan. Sudahlah pihak pengurusan yang teruk, sikap pemain telah memburukkan lagi keadaan.
Untuk sesi latihan yang diadakan, hanya beberapa pemain sahaja yang hadir menjalani latihan bersama pasukan. Beberapa pemain lain, merasakan mereka seperti 'bintang' apabila hanya akan hadir menjalani latihan bila mereka mahu. Mereka merasakan pasukan ini seperti 'bapak' mereka punya. Sikap ini bukanlah seperti bintang tapi lebih kepada 'binatang'.
HARAPAN MUSIM 2014
Dengan pengambil-alihan pucuk pimpinan MAFA yang baru oleh Ketua Menteri, Datuk Idris Haron diharapkan dapat mewujudkan pasukan Melaka yang mantap dan menjadi pencabar utama dalam Liga FAM 2014 seterusnya layak ke Liga Perdana pada musim 2015.
Suka untuk penulis ingatkan kepada pihak pengurusan yang baru supaya berhati-hati terutama dalam pengambilan pemain dan sentiasa peka akan musuh dalam selimut yang mungkin menghancurkan pasukan satu hari nanti. Semoga, kejayaan sentiasa memihak kepada kita.
Oleh Wanchel, editor Melaka United Media
putbola@gmail.com