Masa depan Azizan bersama Melaka masih menjadi tanda tanya. |
Pemain tengah Sarawak, Azizan Baba belum membuat keputusan menyertai mana-mana pasukan sebaik kontraknya berakhir dengan skuad Bujang Senang musim ini.
Walaupun diberitakan akan menyarung jersi Kedah musim 2014 menerusi laporan Arena Metro semalam, Azizan bagaimanapun masih belum membuat keputusan rasmi mengenai perpindahan itu.
Mengakui menerima pelawaan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang bakal dilatih bekas penyerang import Selangor, David Mitchell dan pembantunya Nidzam Adzha Yusof, dia masih memikirkan keinginannya kembali ke negeri asal Melaka.
Foto: Media Sosial
Foto: Media Sosial