.

.

Anak buah Lako pamer peningkatan, ikat JDT II


Melaka United meneruskan rentak permainan meyakinkan apabila berjaya mengikat pasukan Liga Perdana, Johor DT II, 1-1 minggu lalu.

Anak buah Ladislav Tatkovic nyata tidak menghampakan ribuan beminat yang memenuhkan Stadium Kubu (Hang Tuah) apabila mempamerkan aksi bertenaga memaksa pertahanan JDT II dan penjaga gol lawan bekerja keras sepanjang perlawanan.

Namun, Melaka United ketinggallan pada separuh masa pertama selepas sepakan sudut JDT II yang diambil kapten Singapura, Shahril Ishak berjaya disambar rakan sepasukan dan menewaskan penjaga gol Melaka, Khairul Izwan.

Melaka cuba bangkit selepas itu namun gerakan serangan balas JDT II nyata memberikan ancaman kepada pertahanan Melaka. Kekentalan Ahmad Khuzaimi (Jimmy) dan Wan Hussin di barisan pertahanan berjaya mematah setiap serangan yang dilancarkan JDT II.


Gol penyamaan yang dicari-cari Melaka United akhirnya tiba apabila penyerang, Yusri Abas berjaya menanduk masuk bola hantaran silang dan menewaskan penjaga gol JDT II dan menjadikan kedudukan terikat 1-1.

Di separuh masa kedua, Melaka banyak menguasai perlawanan menerusi gandingan pemain tengah, Rashid Mamud dan Saiful Mustafa namun tiada sebarang pertambahan jaringan.

Keputusan ini meletakkan rekod dicatatkan Melaka 0 menang, 2 seri dan 1 kalah dalam tiga aksi persahabatan menentang satu pasukan Liga Super dan dua pasukan Liga Perdana. Diharapkan Melaka akan terus memperbaiki permainan menjelang aksi Piala FA pada 21 Januari 2014.

Perlawanan seterusnya:

Melaka United lwn Penjara Malaysia (Persahabatan)

Melaka United lwn SPA FC (Persahabatan)

Powered by Blogger.