.

.

Melaka United ikat Perak


Resepi Lasso! Taktikal yang direncanakan jurulatih dari Slovakia hampir sahaja memalukan pasukan berstatus Liga Super, Perak.

Biarpun sekadar aksi pemanas badan, corak permainan yang dijelmakan oleh pasukan 'berwajah baru' Melaka United wajar diberikan pujian.

Keputusan perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat satu sama di Stadium Hang Tuah ini bukanlah kayu ukur kedua-dua pasukan.

Namun jika melihatkan aksi pasukan Melaka sepanjang 90 minit perlawanan, pastinya ia cukup memberikan gambaran awal kepada pasukan lain di Liga FAM bahawa pasukan ini bakal menjadi pencabar utama kejuaraan musim 2014.

Dalam perlawanan yang dilangsungkan kelmarin, Melaka dilihat banyak menguasai perlawanan menerusi kawalan kawasan tengah yang cukup baik oleh kapten, Rashid Mamud.


Nyata berbeza dengan taktikal pasukan sebelum ini, anak buah Tatkovic mempamerkan corak hantaran pendek yang berkesan sekaligus menyukarkan pihak lawan menguasai perlawanan.

Dengan kawalan di barisan pertahanan yang baik oleh Jimmy (Ahmad Khuzaime), Melaka perlu mempertajamkan jentera serangan yang dilihat belum cukup berkesan dalam memberikan ancaman berbahaya kepada pertahanan lawan. 

Apapun, tahniah diucapkan kepada penyokong pasukan Melaka yang dilihat berjaya memenuhkan segenap sudut tempat duduk bagi memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan. Diharapkan sokongan ini akan berterusan apabila pasukan ini beraksi di Stadium Hang Jebat untuk kempem Liga FAM nanti. Gegau Melaka Gegau! Go! Go! Melaka Go!

(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)



















Powered by Blogger.