.

.

Melaka United bangkit ketinggalan dua gol ikat Sungai Ara FC

Melaka United berjaya bangkit dari ketinggalan dua gol untuk mengikat pasukan baru dalam Liga FAM 2014, Sungai Ara FC di gelanggang lawan semalam. 

Turun tanpa bimbingan ketua jurulatih, Ladislav Tatkovic, Melaka mempamerkan aksi longlai pada babak pertama apabila menyaksikan Sungai Ara FC berjaya memperolehi gol pertama menerusi sepakan indirect freekick dari dalam kotak penalti Melaka United.

Melaka United terlepas peluang menyamakan kedudukan apabila sepakan penalti ketua pasukan, Rashid Mamud berjaya ditepis keluar penjaga gol lawan dan menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan, 1-0.

Pada babak kedua, kealpaan barisan pertahanan Melaka terus dihukum Sungai Ara FC apabila lawan berjaya memperolehi gol kedua menerusi hantaran lintang dari sebelah kiri pertahanan Melaka sebelum disudah penyerang untuk menjadikan kedudukan 2-0. Tersentak dari gol tersebut, Melaka menggandakan asakan dan akhirnya berjaya mengurangkan defisit 1-2 menerusi jaringan sendiri pertahanan lawan sebelum penyerang, Fauzzi Kassim berjaya menyamakan kedudukan buat Melaka pada lewat permainan. Tamat perlawanan, Sungai Ara FC 2-2 Melaka United.

Selepas mengharungi lima perlawanan pramusim 2014, Melaka United hanya mencatat 1 kemenangan, 3 seri dan satu kekalahan. Statistik jelas menunjukkan kelemahan pasukan Melaka United terutama jentera serangan yang tumpul.

Selain itu, setiap pemain perlu fokus sepanjang 90 minit bagi mengelakkan 'penyakit' pemain bola sepak di Malaysia terbawa-bawa ke dalam pasukan Melaka United. Paling penting, untuk kejayaan, pemain perlu menyempurnakan setiap peluang yang terhidang dan ini mampu menjulang kembali martabat dan kegemilangan bola sepak Melaka. Gegau Melaka Gegau!

Video Gol (Klik Link)
Sungai Ara FC 1-0 
Sungai Ara FC 2-0
Melaka United 2-1
Melaka United 2-2
Powered by Blogger.