.

.

Melaka United, KL SPA sama handal


Melaka sekali lagi mencatat keputusan yang memberangsangkan dalam perlawanan pramusim 2014 apabila berjaya mengikat pasukan Liga Perdana, KL SPA Putrajaya FC di Stadium Kubu minggu lalu.

Turun tanpa bimbingan jurulatih utama, Ladislav Tatkovic, skuad Hang Tuah itu mempamerkan aksi menarik dengan beberapa gerakan berbahaya menerusi penyerang, Yusri Abas yang mampu menghasilkan jaringan.

Biarpun perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan, semangat juang anak buah Rahim Abdullah ini wajar diberikan pujian terutama di barisan pertahanan yang begitu ampuh menyerap setiap asakan yang direncanakan jentera tengah KL SPA. 

Dengan perlawanan pusingan pertama Piala FA yang berbaki kurang sebulan, skuad berwajah baru ini perlu mempertajamkan jentera serangan dan terus mengadakan perlawanan persahabatan bagi membentuk keserasian dikalangan pemain.

Pasukan ini akan bertandang ke utara tanah air pada 31 Disember ini bagi mengadakan perlawanan persahabatan menetang sebuah lagi pasukan berstatus Liga FAM, Sungai Ara FC, bagi menilai sejauh mana kemampuan pasukan ini sebelum Liga FAM membuka tirai Mac nanti. Gegau Melaka Gegau!

Foto: MUSA
Powered by Blogger.