PIALA FA 2014: MELAKA UNITED 1-2 PERLIS FA
Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com
RANGKUMAN
Melaka terus kempunan beraksi ke pusingan kedua Piala FA buat kali keempat berturut-turut apabila tewas tipis 1-2 kepada Perlis dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Hang Jebat, semalam. Dalam perlawanan yang didominasi pasukan tuan rumah, pemain Melaka United sewajarnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal memanfaatkan deretan peluang yang terhidang sepanjang perlawanan sekaligus menutup sebarang peluang anak buah Latko Tatkovic ini untuk ke peringkat seterusnya.
Turun di hadapan kira-kira 10,000 penonton, Melaka United terus melancarkan serangan demi serangan sebaik wisel sepak mula diberikan, namun gandingan Yusri Abas dan Atif Hanif gagal menghasilkan sebarang gol. Sebaliknya, Perlis memanfaatkan peluang terhidang apabila memperolehi gol pendahuluan menerusi Farizal Rozali pada minit ke-34.
Gol tersebut bermula dari gerakan sepakan percuma pantas Perlis di sebelah kanan pintu gol Melaka United yang disudahkan Farizal untuk gol pertama Perlis, sekaligus menghukum kealpaan penjaga gol Melaka United, Khairul Efsan.
![]() |
LEPAS... Wan Azwari berjaya melepasi kawalan pemain Perlis. |
![]() |
RASHID... berjaya menyamakan kedudukan buat tuan rumah. |
Gol terbabit mencetuskan rasa tidak puas hati penyokong dan jurulatih pasukan kerana dek kesilapan dan kelapaan kali kedua Khairul Efsan memberikan pelawat gol kemenangan terbabit. Berang dengan persembahan buruk Efsan, Tatkovic membawa keluar bekas penjaga gol Kedah itu dan digantikan dengan Khairul Izwan.
Serangan demi serangan yang diatur oleh anak buah Tatkovic selepas gol tersebut gagal membuahkan hasil sehinggalah tamat permainan yang menyaksikan Perlis pulang dengan kemenangan berharga di tempat lawan. Melaka United 1-2 Perlis FA. Gegau Melaka Gegau!
MELAKA: Khairul Efsan, Rahim Bakar, Wan Hosen, Ahmad Khuzaimi 'Jimmy', Wan Azwari, Abdul Zaini, Rashid Mamud, Saiful Mustafa, K.Rajan, Atif Hanif, Yusri Abas.
Gol: Rashid Mamud 41'
PERLIS: Zairi Hafiezi, Hadi Syahmi, Elfie Elyaz, Khairi Zainuddin, Farouk Hashim, Amri Faizal, Ikmal Ibrahim, Norismaidham, Farizal Rozali, Hardi Ahmad, Gonzalo Garavano.
Post a Comment