PRAMUSIM 2014: MELAKA UNITED 1-2 PBAPP FC


YUSRI ABAS... perlu mempertajamkan sentuhan penyudahnya bersama Melaka United. Foto: MUSA
Melaka United gagal mencatat kemenangan kedua dalam perlawanan pramusim 2014, apabila tewas kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) 1-2 di Stadium Hang Tuah semalam. 

Jurulatih, Ladislav Tatkovic melakukan rombakan kecil dalam kesebelasan utama ketika tewas kepada JDT 1 minggu lalu dengan memberikan peluang kepada pemain simpanan membuktikan potensi mereka. Namun, Melaka United mempamerkan aksi kurang meyakinkan pada separuh masa pertama yang menyaksikan sepakan deras penyerang, K. Ravindran berjaya memberikan pasukan pelawat gol pendahuluan.

KANDAS... Atif Hanif (tiga dari kiri) hanya memerhatikan hantaran Melaka United yang berjaya dipintas pertahanan PBAPP. Foto: MUSA
PBAPP terus menggandakan jaringan pada separuh masa kedua menerusi tandukan bekas pemain tengah T-Team, Wan Mohd Aliff Wan Jasni pada minit ke-62. Melaka cuba bangkit dan berjaya mengurangkan defisit gol menerusi tandukan Ahmad Khuzaimi 'Jimmy' dari sepakan penjuru kapten, Rashid Mamud. Tamat perlawanan, Melaka United 1-2 PBAPP FC. 

Dua kekalahan berturut-turut yang dicatatkan Melaka United perlu diperbaiki menjelang perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang Perlis 21 Januari ini. Jentera serangan Melaka masih tumpul dan perlu segera diperbaiki andai mahu melangkah lebih jauh dalam saingan berprestij itu. Gegau Melaka Gegau!