.

.

PRE-MATCH BRIEFING: MELAKA UNITED LAWAN PERLIS (PIALA FA)

KUPASAN RINGKAS - MELAKA UNITED

Melaka United mencatatkan mutu permainan yang boleh dibanggakan sepanjang aksi pramusim 2014 apabila mencatat 1 kemenangan, 4 seri dan tewas 3 kali. Dengan suntikan dana hampir RM4 juta, skuad ini dijangka mampu memberikan saingan ketika melayan kunjungan gergasi utara, Perlis di Stadium Hang Jebat, esok.

Sehingga hari ini, kesemua pemain Melaka dilaporkan bebas dari sebarang kecederaan. Pastinya, jurulatih dari Slovakia, Latko Tatkovic mempunyai ramuan tersendiri dalam merancakan corak permainan menarik dalam perlawanan kompetitif pertamanya bersama skuad Hang Tuah ini. 

KUPASAN RINGKAS - PERLIS FA

Anak buah Reduan Abdullah melalui perlawanan pramusim dengan keputusan yang memberangsangkan. Tewas dalam semua perlawanan bukanlah ukuran kepada kekuatan pasukan Singa Utara ini yang turut diperkuatkan trio pemain import seperti Wittawin Clowuttiwat (Thailand), Dao Bakary (Ivory Coast) dan Gonzalo Garavano (Argentina).

Skuad Perlis FA 2014. Foto: Kelab Penyokong Perlis Singa Utara
Selain pemain import, Perlis turut diperkuat bekas pemain tengah Negeri Sembilan, Norismaidham Ismail yang mampu menjadi duri dalam daging buat Melaka jika tidak diberikan perhatian. Berikut merupakan perlawanan pramusim 2014 pasukan Perlis FA:-

17/1 Sukma Perlis (1-3)
16/1 UiTM Arau (2-3)
8/1 Perak FA (0-1)
6/1 Kelantan FA (1-3)
4/1 PKNS FC (1-2)

Pemain Utama: Gonzalo Garavano - Bekas bintang Club Omeldo ini konsisten dalam setiap perlawanan dan mempunyai sentuhan penyudah yang berkesan. Perlu dirantai kemas andai mahu melangkah ke peringkat seterusnya dalam Piala FA.

KESEBELASAN KEMUNGKINAN MELAKA UNITED

Khairul Izwan, Rahim Bakar, Ahmad Khuzaimi, Wan Hossen, Wan Azwari, Mohd Bukhari Idris, Saiful Mustafa, Rashid Mamud, Fauzzi Kassim, Ahmad Aminuddin, Yusri Abas.
Powered by Blogger.