Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com
Melaka bakal mengharungi 20 perlawanan sepanjang kempen Liga FAM 2014 nanti. Mengikut senarai rasmi pasukan bertanding yang dikeluarkan FAM, terdapat 11 pasukan mengambil bahagian. Terdapat dua persatuan negeri yang bertanding, Melaka United dan Kuala Lumpur. Selebihnya merupakan pasukan kelab dari segenap pelusok tanahair.
Merujuk kepada senarai, tujuh dari sebelas pasukan dikekalkan dari musim lalu iaitu Melaka United, Harimau Muda C, Perak YBU, PB Melayu Kedah, Kuantan FA, Shahzan Muda, Sabah Ceebagoo FC dan selebihnya pasukan baru serta pasukan yang mengalami penurunan divisyen.
Antara pesaing baru Liga FAM adalah seperti Kuala Lumpur FA, PB Hulu Terengganu, Sungai Ara FC dan Majlis Sukan India Malaysia.
SUNGAI ARA FC... antara bakal menjadi pesaing utama merebut tahta kejuaraan Liga FAM 2014. Foto: Sungai Ara FC |
Berikut merupakan gelanggang pasukan yang bertanding di Liga FAM 2014:-
Cebagoo FC (Std. UMS, Kota Kinabalu)
Harimau Muda C (Wisma FAM, Kelana Jaya)
PB Hulu Terengganu @ Hanelang FC (Kuala Terengganu)*
Melaka United (Std. Hang Jebat, Paya Rumput)
Kuantan FA (Std.Darulmakmur, Kuantan)
Kuala Lumpur (Std.KLFA, Cheras)
MIFA (Lembah Klang)*
PB Melayu Kedah (Std.Mini Jitra)
Shahzan Muda FC (Std. Temerloh)
Sungai Ara FC (Std.Mini Sg.Ara)
Perak YBU FC (Std.Perak, Ipoh)
* Belum dapat dipastikan lokasi tuan rumah.