.

.

PRAMUSIM 2014: MELAKA UNITED 1-1 HARIMAU MUDA A

Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com

Kelekaan pada minit-minit akhir masa kecederaan membawa padah buat Melaka United apabila dihukum pemain tengah Harimau Muda A, Kenny Pallraj menjaringkan gol buat pasukan muda itu bagi mengikat tuan rumah, 1-1 di Stadium Hang Jebat, di sini, hari ini.

GOL PENDAHULUAN... Amir Shahreen berjaya merobek gawang Harimau Muda A. 
Turun tanpa dua tonggak utama, Saiful Mustafa dan Rashid Mamud, Melaka United bermula garang apabila mendahului menerusi jaringan pemain tengah, Amir Shahreen Mubin pada minit ke-23. Anak buah Latko Tatkovic mempamerkan aksi memberangsangkan pada babak pertama namun gagal menambah jaringan.

Harimau Muda A, pasukan yang masih dalam pembentukan semula selepas pemain utama meninggalkan pasukan melakukan tidak kurang lima pertukaran dan strategi mereka berjaya apabila Kenny Pallraj berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan. Keputusan akhir, Melaka United 1-1 Harimau Muda A.

Powered by Blogger.