.

.

AUG2014: HASRUL LEDAK HATRIK BENAM SINGAPURA

Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com


Penyerang Melaka United, Mohamad Hasrul Nurkholis berjaya meledak hatrik membantu skuad negara membenam cabaran Singapura 5-0 dalam aksi terakhir terakhir peringkat kumpulan Sukan Universiti ASEAN 2014 (AUG) di Stadium Bumi Sriwijaya di sini semalam.

Dalam perlawanan yang hanya memerlukan seri untuk layak ke pusingan seterusnya itu, Hasrul berjaya meledak gawang Singapura pada minit ketujuh dan menambah jaringan pada  minit ke-29 untuk gol kedua skuad negara.

Ledakan hatrik Hasrul hanya dapat disempurnakan pada minit-minit akhir permainan selepas bekas penyerang UiTM FC itu menolak masuk sepakan sudut Raslam Khan Abd. Rahman ketika keadaan kucar-kacir dalam kotak penalti.

Tahniah kepada Hasrul dan semoga dapat meledak lebih banyak gol dalam kejohanan ini sekaligus membantu negara membawa pulang emas dalam kejohanan bola sepak AUG 2014.

Penulis masih belum mendapat pengesahan daripada pengurusan Melaka United Soccer Association (MUSA) berhubung masa depan pemain muda itu dalam skuad Mat Zan Mat Aris. Sama-sama kita nantikan pengumuman pemain baharu kelak.

Foto: Melaka United Official FB
Sumber: Utusan Malaysia - 14/12/14
Powered by Blogger.