.

.

JELAJAH UTARA 2015: KEDAH UNITED 0-0 MELAKA

Ahmad SM Yusof
putbola@gmail.com

DENGAR... Mat Zan memberikan arahan ketika rehat separuh masa pertama.
Melaka mengakhiri siri Jelajah Utara 2015 dengan keputusan seri selepas diikat tuan rumah, Kedah dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, petang tadi.

Segar dengan kemenangan ke atas Sungai Ara FC dua hari lalu, anak buah Mat Zan Mat Aris buntu bagi menghasilkan jaringan menyaksikan Melaka menamatkan siri jelajah keputusan satu menang dan dua seri dalam tiga perlawanan yang diadakan di utara tanahair itu.

Siri Jelajah Utara 2015 merupakan sesi pemanas badan bagi skuad Melaka bagi memperkuatkan pasukan sebelum bermula saingan Piala FA bulan depan dan kempen Liga FAM yang dijangka bermula pada 3 Mac.

Mat Zan masih berpeluang memperkuatkan pasukannya kerana pintu perpindahan bagi Liga FAM hanya akan ditutup pada 31 Januari ini. Mungkinkah akan ada pemain baharu akan menyertai pasukan sebelum jendela perpindahan ditutup?


Powered by Blogger.