.

.

LIGA FAM 2015: MELAKA DALAM KUMPULAN B

Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com

Undian Liga FAM 2015 menyaksikan Melaka berada dalam kumpulan B bersama-sama pendatang baharu, Johor Darul Takzim III (JDTIII) dan pasukan bimbingan bekas jurulatih Sarawak, Jalil Ramli, KL MOF FC.

MUKA BAHARU... pasukan Melaka bimbingan Mat Zan Mat Aris dibarisi pemain muda.
Liga FAM tahun ini dibahagikan kepada dua kumpulan selepas menerima banyak penyertaan baharu musim ini dengan sebanyak 19 pasukan menyertai kejohanan yang mula dipertandingkan sejak 1952.

Kumpulan A akan mengandungi sebanyak 10 pasukan sementara kumpulan B dihuni oleh sembilan pasukan sahaja. Juara kumpulan akan layak ke perlawanan akhir bagi penentuan juara Liga FAM 2015.

Lebih kompetitif pastinya menjanjikan lebih persaingan buat pasukan Melaka apabila bakal berhadapan enam pencabar lain seperti Harimau Muda C, Majlis Sukan India Malaysia (Misc-Mifa), Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah (Kedah United), Air Asia All Stars FC, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Young Fighters FC.

JDTIII... dijangka bakal memberi saingan kepada Melaka musim ini.
Kumpulan A pula menyaksikan dua pasukan yang mengalami penurunan divisyen, Perlis dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP FC) ditempatkan dalam satu kumpulan bersama-sama Shahzan Muda, Sungai Ara FC, Hanelang FC, Universiti Kebangsaan Malaysia FC (UKM FC), Felcra FC, Real Mulia FC, Penjara FC dan Megah Murni FC.

Kempen Liga FAM hanya akan bermula pada 3 Mac depan dengan pendaftaran pemain dan pegawai baharu masih dibuka sehingga 31 Januari ini.

LIGA FAM 2015

Kumpulan A

1. Perlis 
2. Pahang, Shahzan Muda FC 
3. Pulau Pinang, Pbapp FC  
4. Pulau Pinang, Sungai Ara FC  
5. Terengganu, PB Hulu Terengganu / Hanelang FC  
6. Kuala Lumpur, UKM FC  
7. Kuala Lumpur, Felcra FC  
8. Kuala Lumpur, Real Mulia FC  
9. Negeri Sembilan, Penjara FC  
10. Selangor, Megah Murni FC  

Kumpulan B 

1. Melaka
2. Harimau Muda C 
3. Kuala Lumpur, MOF FC 
4. Majlis Sukan India Malaysia (Misc-Mifa) 
5. Kedah, PB Melayu Kedah 
6. Selangor, Air Asia All Stars FC 
7. Johor Darul Ta’zim III (JDTIII) 
8. Perak, Persatuan Bolasepak Ipoh 
9. Kuala Lumpur, Young Fighters FC

Foto: Melaka United Official FB, Johor Southern Tigers
Powered by Blogger.