.

.

PRAMUSIM PIALA PRESIDEN 2015: MELAKA 1-4 SAMB FC

Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com

TUMBANG... kesebelasan utama skuad Piala Presiden Melaka menetang SAMB FC.
Skuad Piala Presiden Melaka mencatat kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi perlawanan pramusim 2015, selepas tumpas 1-4 kepada kelab Liga MUSA, SAMB FC.

Turun dengan pemain campuran, anak buah Rameli Junit nyata gagal menyaingi pengalaman yang dimiliki SAMB FC. Pasukan yang dibarisi rata-rata bekas pemain Melaka itu mudah meratah skuad muda Melaka itu selepas berjaya menjaringkan gol awal pada babak pertama.

Tersentak jaringan itu, Melaka bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan percuma namun kebangkitan yang cuba dihasikan Melaka tidak kesampaian.

SAMB FC menambah tiga lagi gol selepas itu dan menamatkan perlawanan dengan kedudukan, 4-1. Banyak ruang dan kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Rameli jika mahu melihat pasukan ini mencipta kejutan dalam aksi Piala Presiden musim ini.

Powered by Blogger.