.

.

PRAMUSIM PIALA PRESIDEN 2015: MELAKA 6-1 PILIHAN MBMB

Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com

BENAM... Pilihan MBMB bukan tandingan anak buah Ramli Junit.
Selepas tewas besar 1-5 kepada NS Matrik kelmarin, skuad kendalian Ramli Junit kembali menemui sentuhan kemenangan dengan menundukkan Pilihan Majlis Bandaraya Melaka (MBMB) 6-1 di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, semalam.

Ternyata Pilihan MBMB bukan tandingan skuad muda ini apabila dua jaringan Shamerul dan Nazrin  serta masing-masing  satu gol Kanan dan Syahidan membantu anak buah Ramli membenam cabaran lawan.

Rentetan perlawanan pramusim dalam seminggu mungkin akan menjejaskan kecergasan pemain menjelang perlawanan pembukaan Piala Presiden kelak. 

Justeru, pengurusan pasukan dinasihatkan untuk meneliti semula jadual perlawanan pramusim supaya persiapan yang diatur dapat berjalan lancar selain daripada mengurangkan risiko pemain kepenatan serta kecederaan yang mungkin mampu memberi kesan kepada keseluruhan pasukan.

Disamping itu, pihak pengurusan perlu memperbanyakkan perlawanan dengan pesaing Piala Presiden supaya pemain dapat membiasakan diri dengan lawan yang bakal mereka hadapi sepanjang kempen liga tahun ini.


Powered by Blogger.