PELUANG SERTAI SKUAD FUTSAL BAWAH 19 MELAKA

Skuad futsal Melaka mempelawa mana-mana pemain muda berbakat bagi menghadiri sesi pemilihan skuad bawah 19 tahun pasukan itu.

Sesi pemilihan akan dilakukan pada Sabtu ini di Dewan Kompleks Sukan Komuniti, Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.

Terdapat dua waktu sesi pemilihan. Sesi pagi adalah dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari sementara sesi petang akan diadakan dari pukul 3 hingga 6 petang.

Panel pemilihan adalah terdiri daripada jurulatih pasukan termasuk ketua pasukan, Jamal.

Untuk keterangan lanjut, pemain yang berminat boleh menghubungi jurulatih, Isa di talian 012-616 6958 atau Huzri (012-663 5455).