.

.

Pemain Melaka United perlu kekal konsisten - Idris

IDRIS... mahu pemain kekalkan konsistensi sepanjang musim.
Konsistensi. Itulah yang dituntut oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Datuk Seri Idris Haron bagi merealisasikan impian layak ke Liga Perdana pada musim depan.

Menurut beliau, pemain-pemain perlu mengekalkan prestasi yang konsisten sepanjang musim bagi mengelakkan mereka mengulangi skrip sama yang dicipta pasukan itu pada musim lalu.

"Melaka cukup hebat dalam aksi awal musim lepas, namun selepas memasuki fasa pertengahan musim, momentum kemenangan gagal dikekalkan akibat daripada penurunan prestasi.

"Masalah ini perlu diatasi dan dijadikan pengajaran oleh pasukan baharu musim ini," katanya dalam akhbar Kosmo! hari ini.

MELAKA... pasukan berwajah baharu yang bakal menjadi pesaing utama Liga FAM musim ini.
Musim lepas, Melaka bermula dengan aksi yang meyakinkan namun ketika pertengahan musim, aksi tidak konsisten dipamerkan pasukan.

Lebih memalukan, pasukan berstatus negeri ini tewas kepada pasukan bukan kerdil sehingga menyebabkan anak buah Latko Tatkovic itu tersungkur di tangga keenam liga, jauh daripada sasaran yang ditetapkan persatuan.

Bagi musim 2015, Melaka membawa masuk jurulatih berpengalaman, Mat Zan Mat Aris bagi membantu mengembalikan maruah pasukan yang sekian lama tercalar.

Powered by Blogger.