.

.

PEMILIHAN FUTSAL BAWAH 19 DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com

DENGAR... panel pemilihan memberikan arahan kepada pemain-pemain.
Sesi pemilihan pemain pelapis skuad futsal Melaka mendapat sambutan menggalakkan daripada remaja dari seluruh negeri ini selepas dihadiri lebih daripada 40 peserta.

Menurut laman Facebook Melaka United Soccer Association (MUSA), panel pemilihan pemain rata-ratanya berpuas hati dengan potensi yang dimiliki oleh pemain yang hadir.

Katanya, pemain-pemain tersebut berpotensi untuk diketengahkan sebelum layak diserap ke dalam pasukan utama futsal Melaka.

Sesi pemilihan telah diadakan semalam di Dewan Kompleks Sukan Komuniti, Stadium Hang Jebat, Paya Rumput dan terbahagi kepada dua waktu sesi.

Sesi pagi bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari sementara sesi petang akan diadakan dari pukul 3 hingga 6 petang.

Panel pemilihan adalah terdiri daripada jurulatih pasukan termasuk ketua pasukan, Jamal. Gegau Melaka Gegau!





Foto: Melaka United Official FB


Powered by Blogger.