.

.

PIALA PRESIDEN 2015: NS MATRIX 2-0 MELAKA

Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com

TEWAS... kesebelasan utama Melaka menentang NS Matrix kelmarin.
Hasrat Melaka meraih tiga mata dalam perlawanan sulung kempen Piala Presiden tahun ini tidak kesampaian selepas tunduk 0-2 kepada tuan rumah, NS Matrix di Stadium Mini Tampin, di sini, kelmarin.

Buntu di separuh masa pertama, anak buah Rameli Junit gagal menyerap serangan yang dijelmakan tuan rumah dan akhirnya gawang Melaka bocor dua kali pada babak kedua.

Kekalahan tersebut diharap tidak menjejaskan moral pasukan dan diharap skuad muda Melaka ini bangkit apabila menerima kunjungan Sabah dalam perlawanan kedua di Stadium Hang Tuah pada Rabu depan.

Semoga pasukan ini bangkit membenam Sabah dan meraih tiga mata penuh minggu hadapan. Gegau Melaka Gegau.


Powered by Blogger.