.

.

PIALA PRESIDEN: MELAKA 2-0 SABAH

Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com


Melaka meraih kemenangan sulung dalam kempen Piala Presiden 2015 selepas berjaya menundukkan Sabah 2-0 di halaman sendiri hari ini.

Lebih manis lagi, kemenangan tersebut berjaya diraih walaupun pasukan terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang babak kedua selepas pemain tengah, Muhamad Amirul dibuang padang pada minit ke-47.

Tunduk dalam aksi sulung menentang NS Matrix minggu lalu, anak buah Rameli Junit turun dengan misi mencatat kemenangan pertama bagi mengubati kelukaan.

Terikat tanpa jaringan di babak pertama, Melaka beraksi dengan 10 pemain selepas Muhamad Amirul dibuang padang, dua minit selepas babak kedua bermula.

Kekurangan pemain tidak mematahkan semangat juang skuad Melaka apabila berjaya meraih gol sulung menerusi sepakan penalti Norfaizatul Iqbal selepas penyerang itu dijatuhkan dalam kotak penalti.

Melaka menambah derita Sabah apabila berjaya meraih gol kedua Shahmir mudah menolak masuk hantaran silang dari sayap kiri.

Kemenangan sulung ini diharap akan menjadi pembakar semangat pasukan dan anak buah Rameli perlu mengekalkan konsistensi bagi bersaing dalam kempen Piala Presiden musim ini.

Foto: Melaka United Official FB
Powered by Blogger.