.

.

PRA MUSIM: MEGAH MURNI FC 1-1 MELAKA

Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com

Pendatang baharu Liga FAM, Megah Murni FC melakar kejutan awal apabila berjaya mengikat pasukan berstatus negeri, Melaka 1-1 di Stadium Mini Universiti Putra Malaysia (UPM), Sedang di sini semalam.

Dalam perlawanan yang dilangsungkan dalam keadaan hujan lebat  itu, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan pada babak pertama permainan. 

CUACA BURUK... mengiringi aksi persahabatan kedua-dua pasukan.
Keadaan padang yang lecak nyata membantutkan sedikit pergerakan kedua-dua pasukan namun Melaka berjaya mengambil kesempatan apabila berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua.

Keputusan itu melebarkan rekod tanpa Melaka dalam enam perlawanan berturut-turut dalam aksi pra musim dan hanya tewas sekali di tangan NS Matrix di Tampin bulan lalu.

Anak buah Mat Zan Mat Aris ini berada dalam fasa terakhir mempersiapkan pasukan untuk menghadapi saingan Piala FA menentang Terengganu di Stadium Hang Jebat 28 Februari ini.

Pasukan ini dijangka bakal mengadakan satu lagi aksi persahabatan sebelum menanti kunjungan skuad Sang Penyu. 

Powered by Blogger.