.

.

PRA MUSIM: MELAKA 3-1 FELCRA FC

Oleh Ahmad Shazwan Md. Yusof
putbola@gmail.com

Melaka berjaya mengekalkan momentum kemenangan selepas berjaya menundukkan satu lagi pendatang baharu Liga FAM, Felcra FC 3-1 di Stadium Hang Tuah, di sini hari ini.

Pasukan bimbingan Mat Zan Mat Aris ini dilihat semakin serasi walaupun dibarisi rata-rata muka baharu bagi menghadapi saingan liga yang bakal bermula Mac depan.

Melaka selesa mendahului lawan dengan jaringan 3-0 sebelum pelawat berjaya memperolehi gol saguhati beberapa minit sebelum tamat perlawanan.

Difahamkan, pasukan ini akan menghadapi dua lagi aksi persahabatan pra musim sebelum menanti kunjungan gergasi Pantai Timur, Terengganu di Stadium Hang Jebat 28 Februari ini.

Diharapkan pasukan yang dibentuk ini dapat menghasilkan gandingan yang mantap sekaligus menghadiahkan keceriaan kepada pasukan untuk kempen liga dan Piala FA musim ini. Gegau Melaka Gegau. 
Powered by Blogger.