.

.

PRAMUSIM 2015: REAL MULIA FC 0-2 MELAKA

Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com

MELAKA... pemain menjalani sesi memanas badan sebelum sepak mula.
Melaka berjaya menundukkan pendatang baharu Liga FAM, Real Mulia FC 2-0 di Padang B, Kompleks Sukan Maybank, Bangi kelmarin.

Membariskan pasukan campuran, anak buah Mat Zan Mat Aris mendominasi perlawanan sejak wisel sepak mula ditiupkan menerusi beberapa gerakan cantik yang berjaya dicipta. Namun, ketumpulan barisan serangan menyaksikan beberapa peluang disia-siakan.

Namun, gol yang ditunggu-tunggu oleh penyokong Melaka akhir tiba apabila hantaran silang dari sebelah kiri gawang Real Mulia berjaya disudahkan penyerang Melaka untuk gol pendahuluan.

Walaupun terus mendominasi perlawanan di babak kedua, Melaka gagal menambah jaringan sebelum dihadiahkan sepakan penalti berpunca daripada terjahan keras pertahanan lawan kepada penyerang Melaka.

Tamat perlawan, Real Mulia FC 0-2 Melaka. Penulis dimaklumkan Melaka akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan sebelum bermulanya kempen Piala FA 2015 menentang Terengganu di Stadium Hang Jebat bulan ini.


Powered by Blogger.