LIGA FAM 2015: MELAKA 5-1 HARIMAU MUDA C
Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com
![]() |
SAMBUT... pemain Melaka meraikan gol ketiga pasukan yang dijaringkan John. Foto: Gawang.my |
Beraksi di hadapan lebih 4,500 penonton sendiri ternyata tonik berharga buat anak buah Mat Zan Mat Aris apabila berjaya mendahului seawal minit ke-4 menerusi jaringan penyerang, Nurshamil Abd. Ghani.
Melaka terus mengukuhkan selepas Mohamad Faiz Suhaimi berjaya menanduk masuk hantaran lintang pemain sayap, Rexjeson Pitirus pada minit ke-17 bagi menjadikan kedudukan 2-0.
Muhammad Shaizil Japery terus menambah derita pelawat apabila meledak gol ketiga tuan rumah menjadikan kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Skuad bimbingan Hassan Sazali Waras berjaya merapatkan jurang selepas pemainan bersambung menerusi jaringan pemain sayap, Muhammad Syahmi Safari pada minit ke-53.
Kedudukan tersebuk tidak kekal lama apabila Nurshamil sekali lagi menjadi pemusnah buat pasukan muda negara ini apabila menambah dua lagi jaringan, pada minit ke-67 dan 80, sekaligus melengkapkan hatrik dalam kemunculan sulungnya dalam Liga FAM.
Kemenangan tersebut meletakkan Melaka di tangga teratas Kumpulan B dengan tiga mata, berkongsi kedudukan bersama MOF FC, Kedah United dan MISC-MIFA.
Melaka bakal melayan kunjungan MOF FC di halaman sendiri minggu depan. Bersama-samalah kita turun menyokong pasukan Melaka dengan hadir ke stadium. Gegau Melaka Gegau!
Post a Comment