.

.

LIGA FAM2015: MELAKA 1-1 KL MOF FC

Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com


SERI... kesebelasan utama Melaka menentang KL MOF FC.
Melaka gagal mengekalkan momentum kemenangan yang dicatat dalam perlawanan terdahulu apabila sekadar mencatat keputusan seri, 1-1 menentang pasukan berstatus kelab, KL MOF FC di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, semalam.

Menguasai perlawanan bukanlah jaminan kemenangan. Atas faktor itulah tuan rumah terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas jaringan penyerang, Nurshamil Abdul Ghani pada minit ke-43 gagal membantu anak buah Mat Zan Mat Aris menang di halaman sendiri.

Penyerang KL MOF FC, Muhammad Rery Martinez berjaya memanfaatkan peluang jarang kelab ibu kota itu apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-53 bagi memastikan pasukannya pulang dengan satu mata berharga.

LEPAS... Rexjason Pitirus melepasi kawalan pertahanan lawan.
Keputusan tersebut meletakkan Melaka di tangga kedua dengan empat mata di belakang Kedah United yang mengungguli carta liga dengan enam mata selepas dua perlawanan.

Melaka bakal bertandang ke utara tanahair berdepan MISC-MIFA di Padang DRB HICOM-Honda pada 5 April depan.

Diharapkan Melaka dapat meningkatkan prestasi sekaligus mengembalikan rentak kemenangan dalam usaha naik ke Liga Perdana tahun depan. Gegau Melaka Gegau!



Powered by Blogger.