PIALA FA 2015: MELAKA 1-3 TERENGGANU
Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com
![]() |
LEPAS... pemain sayap, Jasmer Mehat cuba melepasi kawalan pertahanan Terengganu. |
Melaka menunjukkan aksi yang menakjubkan pada babak pertama selepas mengikat pasukan berstatus Liga Super itu tanpa jaringan.
Melaka sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti pada awal permainan selepas penyerang, Nurshamil Abd. Ghani dijatuhkan Vincent Bikana dalam kotak penalti lawan namun permintaan bekas penyerang Harimau Muda B itu tidak dilayan pengadil.
Sedikit kealpaan selepas bermula babak kedua bersambung berjaya dihukum pelawat apabila penyerang kebangsaan, Abdul Manaf Mamat berjaya menguis masuk hantaran silang pada minit ke-47 bagi memecah kebuntuan.
![]() |
KONTROVERSI... Nurshamil diasak Bikana dan tiada penalti diberikan pengadil. |
Pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mohd. Azlan Zainal diperintah keluar padang pada minit ke-74 kerana mengutip kad kuning kedua.
Melaka memperolehi gol saguhati pada lewat permainan menerusi sepakan penalti Nurshamil pada minit ke-88.
Kekalahan ini menutup peluang Melaka ke peringkat seterus dalam kempen Piala FA namun dapat dijadikan pengalaman berharga buat pasukan sebelum mengharungi saingan Liga FAM yang bakal bermula minggu hadapan. Gegau Melaka Gegau!
MELAKA: Izzat Abd. Rahim, Billy Doliente,Mohamed Faiz Shuhaimi, Hafizan Talib (64' Mohd. Zahari Zubir), Famirul Asraf, Rexjeson Pitirus, Syafiq Azri,Shaizil Japarey, Nurshamil Abd. Ghani (89' Mohammad Asif Mohd. Azman), Jasmir Mehat (55' Mohd Iskandar Hanafiah), Mohd. Ahzuan Aman.
TERENGGANU: Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Helmi Rameli, Vincent Bikana, Ahmad Azlan Zainal, Mohamad Nasril Izzat Jalil, Zairo Anuar Zailani, Muhammad Shahrin Sapien (88' Mohd Fakhrurazi Musa), Khairul Ramadhan Zauwawi (46' Abdul Manaf Mamat), Ismail Faruqi Asha'ri (77' Ahmad Nordin Alias), Gustavo Fabián López, Paolo Rangel.
PENJARING GOL: Abdul Manaf Mamat 47', Paolo Rangel 53', 72', Nurshamil Abd. Ghani 88'
PENJARING GOL: Abdul Manaf Mamat 47', Paolo Rangel 53', 72', Nurshamil Abd. Ghani 88'
Foto: Melaka United Offcial FB
Post a Comment