.

.

LIGA FAM2015: AIR ASIA ALLSTARS 0-1 MELAKA

Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com


Melaka berjaya membawa pulang tiga mata berharga selepas berjaya menundukkan Air Asia Allstar 1-0 di StadiumMini Universiti Putra Malaysia(UPM), semalam.

Turun dengan misi mengekalkan momentum kemenangan selepas segar menundukkan Kedah United minggu lalu, segalanya nyata tidak menjadi pada babak pertama.

Tuan rumah menampilkan aksi tipikal ala 'Chelsea' selepas dilihat lebih banyak bertahan dengan bola lebih banyak berlegar-legar dalam kawasan mereka.

Pertahanan Air Asia berjaya mengawal ketat pergerakan penyerang berbisa Melaka, Nurshamil Abd. Ghani sementara jentera tengah Melaka yang diketuai skipper, Azizan Baba gagal mencipta gerakan menarik.

MENANG... kesebelasan Melaka ketika menumpaskan Air Asia Allstars, semalam.
Aksi hambar ditampilkan kedua-dua pasukan kekal ke babak kedua dengan tidak banyak pergerakan atau cubaan menarik dijelmakan.

Usaha berterusan Melaka bagi merobek gawang anak buah Nidzam Jamil akhirnya berhasil apabila pemain gantian, Hafizan Talib berjaya menyempurnakam sepakan percuma dari sebelah kiri gol Air Asia pada minit ke-90.

Kemenangan tersebut meletakkan Melaka di kedudukan ketiga Kumpulan B Liga FAM di belakang Misc Mifa dan Young Fighters.

Melaka berpeluang menambah tekanan kepada pendahulu liga apabila akan melayan kunjungan Johor Darul Takzim III (JDT III) di Stadium Hang Jebat hujung minggu ini.

Ayuh sama-sama turunke stadium memberikan sokongan kepada anak buah Mat Zan Mat Aris sekaligus menghadiahkan tiga mata penuh buat pasukan. Gegau Melaka Gegau!

Powered by Blogger.