.

.

LIGA FAM2015: MISC-MIFA 2-0 MELAKA

Oleh Ahmad Shazwan Md. Yusof
putbola@gmail.com

Kealpaan barisan pertahanan yang melepas dua gol dalam tempoh tiga minit menjadi mimpi ngeri buat penyokong Melaka selepas tumpas 0-2 di tangan MISC-MIFA di Padang DRB-Hicom Honda, Sungai Petani, kelmarin.

Turun dengan misi mengutip tiga mata penuh ternyata tidak menjadi sebaliknya tuan rumah berjaya memperoleh gol pertama menerusi  L. Rajeh pada minit ke-13.

TEWAS... kesebelasan utama Melaka menentang MISC-MIFA
Belum pun sempat barisan pertahanan Melaka memperkemaskan aksi, anak buah J. Jacob menghukum pelawat menerusi jaringan kedua hasil yang disempurnakan oleh K. Premanathan pada minit ke-15.

Perlawanan lebih seimbang selepas itu namun Melaka gagal menembusi gawang MISC-MIFA yang menyaksikan skuad Sang Kancil menempa kekalahan pertama musim ini.

Persaingan liga masih terbuka dengan semua pasukan masih berpeluang untuk menjuarainya. Apa-apa pun, anak buah Mat Zan Mat Aris perlu bangkit daripada kekalahan ini seterusnya menghadiahkan kemenangan kepada penyokong apabila turun menentang Kedah United 12 April ini.

Tiada alasan untuk tewas apatah lagi gagal layak ke Liga Perdana bagi musim 2016. Cukuplah lima tahun di lembah hina. Gegau Melaka Gegau!


Foto: Gawang.My
Powered by Blogger.