.

.

LIGA FAM 2015: MELAKA 0-2 YOUNG FIGHTERS FC

Oleh Ahmad S.M Yusof
putbola@gmail.com


Melaka berjaya melayakkan diri ke Liga Perdana musim hadapan walaupun tewas 0-2 kepada Young Fighters FC di halaman sendiri, kelmarin.

Turun memburu sekurang-kurangnya keputusan seri, segalanya bagai tidak menjadi buat anak buah Mat Zan Mat Aris, apabila dikejutkan dengan jaringan R.Barathkumar pada minit ke-24 yang berjaya menanduk masuk sepakan penjuru.


Melaka terus mengawal perlawanan selepas itu namun gerakan demi gerakan yang dicipta gagal disempurnakan dengan berkesan oleh jentera serangan yang diketuai oleh Nurshamil Abd. Ghani.

Sebaliknya, keghairahan Melaka mencari gol penyamaan pada babak kedua dihukum apabila Young Fighters FC berjaya memperoleh gol kedua menerusi tandukan Muhammad Zulfahmi pada minit ke-81, sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah Melaka di gelanggang sendiri.


Keputusan itu cukup untuk membantu Melaka naik ke Liga Perdana selepas lima musim mengharungi Liga FAM serta menempa pertemuan dengan pasukan Singa Utara, Perlis bagi penentuan juara pada Sabtu ini.

Foto: Melaka United Official FB
Powered by Blogger.