.

.

Buka tirai jelajah Vietnam dengan kekalahan


Melaka United membuka siri Jelajah Vietnam 2015 dengan kekalahan apabila tunduk 0-2 kepada tuan rumah, Ho Chi Minh FC di Stadium San Van Dong Thong Nat, semalam.

Turun dengan jersi kuning-hitam, skipper, Nurshamil Abdul Ghani yang digandingkan dengan tonggak import baharu, Ilija Spasojevic dilihat masih mencari keserasian di barisan hadapan.

Jurulatih Melaka United, Mat Zan Mat Aris buat pertama kalinya menurunkan ketiga-ketiga tonggak importnya termasuk Shin Jaepil dari Korea Selatan dan Labinot Harbuzi (Sweden).

SPASOJEVIC... lakukan penampilan sulung bersama Melaka United.
Terlalu awal untuk memperkatakan corak permainan dan kemampuan pemain ketika skuad yang rata-ratanya dibanjiri muka baharu masih cuba mencari keserasian dan serta kecergasan.

Siri jelajah ke Vietnam merupakan satu peluang terbaik kepada para pemain dalam membuktikan kemampuan mereka sebelum mengharungi Liga Perdana 2016 yang dijangka bermula Februari depan.

Melaka United selepas ini dijangka menentang Dong Tham FC sebelum pulang ke tanah air.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.