.

.

4 muka baharu sertai Melaka United



Melaka United telah melengkapkan senarai pemain kepada 25 untuk kempen Liga Malaysia musim ini selepas mengikat empat pemain baharu termasuk seorang pemain import dari Montenegro, Balsa Bozovic, semalam.

Tiga muka baharu tempatan yang dipilih jurulatih, Mat Zan Mat Aris bagi menyarung jersi Melaka United adalah duo Pahang, R. Surendran dan Mohammad Abdul Aziz Ismail serta pertahanan DRB-Hicom FC, Ahmad Shahir Ismail.

Keempat-empat pemain berkenaan menandatangani kontrak di hadapan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron yang juga merupakan Presiden Melaka United Soccer Association (MUSA) dalam Kongres Tahunan Kali ke-6 Persatuan Bola Sepak Melaka.

Dengan ini, lengkap sudah senarai 26 pemain Melaka United bagi musim baharu Liga Perdana. 

Mungkin akan ada penambahan pemain baharu ke dalam pasukan dengan beberapa pemain akan didaftarkan bermain untuk pasukan Piala Presiden. Segalanya bergantung kepada pasukan kejurulatihan.

Berikut merupakan senarai terkini pemain yang bakal menyarung jersi Melaka United:-


Penjaga Gol
Solehin Mamat Ahmad
Mohd. Syazwan Yusof
Marco Stefan Petrouski
Mohd. Mursyidin Maudoode

Pertahanan
Shin Jaepil
Hardi Charles Parsi
Rosmanizam Roseland
Ahmad Shahir Ismail
Mohamed Faiz Suhaimi
Mohd. Syawal Norsham
Mohammad Abdul Aziz Ismail
Muhamad Fiqri Azwan Ghazali
Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman

Tengah
Hazry Razali
Jasmir Mehat
See Kok Luen
Balsa Bozovic
Labinot Harbuzi
Surendran Ravindran
Barathkumar Ramaloo
Puaneswaran Gunasekaran
Mohd. Iskandar Hanapiah
Kavichevan Vivikandanthan

Penyerang
Illija Spasojevic
Nurshamil Abdul Ghani
Powered by Blogger.