.

.

Jaepil tidak gembira di Melaka United?

Pasukan Melaka United kini semakin hampir melengkapkan senarai 26 pemain bagi mengharungi kempen Liga Perdana musim ini. Jurulatih, Mat Zan Mat Aris sejak awal sibuk ke sana sini bagi mengenal pasti siapakah pemain berkualiti yang boleh diserap ke dalam pasukan juara Liga FAM 2015 itu.

Kini kuota empat pemain import, tiga dari luar dan satu dari Asia telah dilengkapkan. Begitu juga penyertaan beberapa muka baharu tempatan seperti R. Surendran, Mohd. Aziz Ismail, See Kok Luen dan lain-lain dilihat dapat membantu pasukan sekurang-kurangnya kekal di Liga Perdana.

Namun, lain pula ceritanya bagi pemain import berasal dari Korea Selatan, Shin Jaepil. Pemain ini dilihat berdepan masalah komunikasi di negara ini atas faktor tidak fasih berbahasa Inggeris.

Kenyataan Jaepil boleh dilihat menerusi status terbaharunya di laman Facebook yang menyatakan dia berada dalam keadaan sedikit tertekan namun masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan di negara ini.

JAEPIL... memuat naik status terbaharunya, semalam.
“#selfie‬#MelakaUnited #Malaysia#ì…€#foreign #myproblem #communication‬#etc...‪#stress‬#but #icandoit #iamstrong!!‪#iamhappy.”

Mengikut apa yang dinyatakan Jaepil, komunikasi menjadi faktor utama masalah di negara ini di samping beberapa perkara lain yang mendorong kepada perkara tersebut.

Bagaimanapun, Jaepil bertekad untuk cuba menyesuaikan diri sebaik mungkin dan menafikan dirinya tidak gembira bersama Melaka United. 

Kempen Liga Perdana belum pun membuka tirainya dan diharapkan Jaepil akan dapat mengatasi permasalahan yang dihadapinya sekali gus menghadirkan aksi cemerlang di padang sebagai benteng ampuh Melaka United musim ini.
Powered by Blogger.