.

.

Perubahan masa, lokasi perlawanan pramusim


Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa perubahan masa dan lokasi bagi dua perlawanan pramusim yang telah diberitahu sebelum ini.

Bagi perlawanan persahabatan menetang Kuantan FA, masa perlawanan adalah pukul 8.45 malam pada 16 Januari ini dengan lokasinya ditukar dari Stadium Darulmakmur ke Stadium Mini Pekan, Pahang.

Lokasi perlawanan menentang pasukan Liga Super, PDRM pula diubah ke Stadium Hang Jebat, Melaka dengan masa perlawanan dianjak ke pukul 8.45 malam.

Diharap para penyokong sedia maklum akan perkara ini dan ayuh bersama-sama ke stadium bagi memberi sokongan kepada wira-wira Melaka United. Gegau Melaka Gegau!


Powered by Blogger.