.

.

PIALA FA 2016: KUALA LUMPUR 1-1 MELAKA UNITED (4-2 PENALTI)



Impian Melaka United untuk layak ke peringkat 16 terakhir Piala FA lebur apabila tewas penentuan sepakan penalti 4-2 kepada Kuala Lumpur selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 120 minit perlawanan di Stadium Selayang.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu di depan pada minit ke-4 apabila penyerang, Anselmo Casagrande bijak memanfaatkan peluang hasil kesilapan penjaga gol Melaka United, Solehin Mamat.

Melaka United cuba mengasak mencari gol penyamaan namun penyerang, Illija Spasojevic buntu di gawang lawan.

Gol penyamaan yang dicari Melaka United tiba di minit-minit akhir perlawanan apabila pemain simpanan, Jasmir Mehat merembat kencang dalam kotak penalti Kuala Lumpur hasil serangan balas pantas pada minit ke-88.

Kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan sehingga berakhir masa tambahan sehingga membawa kepada penentuan sepakan penalti.

Balsa Bozovic, Fiqri berjaya menyempurnakan sepakan penalti namun kegagalan Nurshamil Abdul Ghani dan Shin Jae Pil memanfaatkan peluang menutup peluang Melaka United ke peringkat seterusnya.

Walaupun tewas, Melaka United mencatatkan sedikit peningkatan persembahan dan hanya nasib menghalang anak buah Mat Zan Mat Aris ke suku akhir.

Ayuh bangkit Melaka United. Tingkatkan mutu permainan dan kuasai Liga Malaysia. Ingat, kalah sekali bukan bermakna takkan kalah lagi. Gegau la hawau!
Powered by Blogger.