.

.

LIGA PERDANA 2016: MELAKA UNITED 3-2 KUANTAN FA

PRAY FOR STEFAN... Kesebelasan utama Melaka United menentang Kuantan FA. Foto: MUSA
MELAKA 8 APRIL - Nurshamil Abdul Ghani muncul wira Melaka United apabila jaringannya pada minit ke-89 berjaya membantu pasukan menundukkan Kuantan FA 3-2 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Melaka United terlebih dahulu berada di depan apabila skipper, Illija Spasojevic mudah menyempurnakan peluang terhidang pada minit ke-9.

Kedudukan tersebut kekal sehingga rehat babak pertama namun, di separuh masa kedua menyaksikan Kuantan FA berjaya bangkit menyamakan kedudukan ada minit ke-54 menerusi pemain import, Dao Bakary.

Gol tersebut tidak mematahkan semangat juang pasukan apabila Spasojevic berjaya meledak gol keempatnya dalam dua perlawanan berturut-turut pada minit ke-58.

Kelekaan barisan pertahanan dalam 10 minit terakhir membawa padah apabila Kuantan FA sekali lagi berjaya mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-81.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, anak kelahiran Melaka, Shamil sekali lagi muncul penyelamat apabila jaringannya membantu Melaka United mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri.

Kejayaan menundukkan Kuantan FA meletakkan Melaka United kekal di tangga ketiga Liga Perdana selepas dua pasukan tangga teratas, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan berjaya menundukkan lawan masing-masing.
Powered by Blogger.