.

.

PDRM kekal beraksi di Jebat

PDRM FA kekal bermain di Stadium Hang Jebat hingga akhir musim ini. Foto: PDRM FA
7 APRIL - Pasukan Liga Super, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberikan lampu hijau bagi menggunakan Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka sebagai gelanggang rasmi pasukan itu sepanjang musim ini.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menerusi satu kenyataan memaklumkan, Perbadanan Stadium Melaka telah menyatakan persetujuan kepada PDRM bagi menggunakan aset kerajaan negeri berkenaan.

"Perbadanan Stadium Melaka melalui surat bertarikh 1 April lalu telah bersetuju dan memberi kebenaran kepada pasukan PDRM untuk menggunakan Stadium Hang Jebat bagi perlawanan Liga Super sepanjang musim ini.

"Stadium Hang Jebat turut digunakan oleh dua pasukan dari 100PLUS Liga Premier 2016 iaitu Melaka dan Selangor PKNS FC. 

"Ketiga-tiga pasukan ini sekiranya layak bakal bermain di gelanggang sama dalam pertandingan TM Piala Malaysia 2016 mulai bulan Julai hingga Oktober 2016," katanya.

Kenyataan FMLLP mengenai penggunaan Stadium Hang Jebat.
Apakah ini akan menjahanamkan lagi padang Stadium Hang Jebat yang baru-baru ini menjadi lapangan kritikan pengulas bola sepak tanah air? 

Jika keuntungan yang dikejarkan pengurusan stadium, apa akan jadi pada kualiti padang dan ke manakah perginya wang sewa bagi menggunakan lokasi tersebut?

Fasiliti di stadium ini tidak cukup baik. Usahlah dinafikan. Cuba pergi ke ruang solat yang penuh bersarang labah-labah? Pernahkah pengurusan tahu aura bau yang bermain di hidung penonton ketika melepaskan hajat di tandas stadium? Fikir-fikirkanlah.
Powered by Blogger.