SPASOGOL... Ledakan empat gol Spasojevic bantu Melaka United benam ATM. Foto: MUSA |
MELAKA 17 Mei - Skipper, Illija Spasojevic membuktikan ketajaman penyudahnya apabila membantu Melaka United membenam cabaran tuan rumah, ATM FA 6-0 di Stadium Temerloh, petang tadi.
Turun sebagai pasukan pilihan, Melaka United tidak menunggu lama untuk berada di depan seawal minit kedua menerusi jaringan pemain import, Labinot Harbuzi.
Melaka United selepas itu terus menggadakan asakan dan berjaya mendapatkan gol kedua menerusi pemain sayap, G. Puaneswaran sebelum Spasojevic meledak gol kedua peribadi dalam perlawanan itu pada minit ke-20.
Gol tersebut terus menyuntik semangat juang anak buah Mat Zan Mat Aris yang memperoleh gol keempat dan kelima hasil ledakan hatrik Spasojevic pada minit ke-37 dan 44.
Spasojevic muncul wira Melaka United pada petang ini apabila menjadi duri dalam daging buat pertahanan ATM FA selepas menggegar gawang lawan untuk kali keempat pada minit ke-91.
Kemenangan ini meletakkan Melaka United di tahta Liga Perdana meninggalkan Kuala Lumpur di tangga ketiga dengan kelebihan tiga mata dengan pasukan warga kota itu bakal beraksi menentang Sime Darby malam ini.
Kemenangan besar yang diperoleh petang ini merupakan satu peluang terbaik Melaka United untuk menjarakkan diri daripada pesaing Liga Perdana dengan kini membuka perbezaan jaringan kepada 12 gol hasil daripada 11 perlawanan.