.

.

ATASI KELEMAHAN BERAKSI PETANG - MOHD YUSOFF

SEDIA... Pemain Melaka United melakukan latihan menjelang pertemuan dengan ATM FA di Temerloh, petang ini. Foto: MUSA
MELAKA 17 Mei - Melaka United enggan mengulangi skrip sama setiap kali beraksi di sebelah petang yang seringkali tidak memihak kepada anak buah Mat Zan Mat Aris.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi berkata kepada Berita Harian memaklumkan, segala kelemahan dalam aspek kecergasan dan persembahan longgar telah cuba diperbaiki jurulatih.

Katanya, beraksi di waktu petang bukan alasan kepada pasukan untuk tidak kekal konsisten sebaliknya mereka perlu membuktikan kemampuan beraksi pada sebarang waktu sekalipun.

"Sehubungan itu, saya sudah meminta Mat Zan untuk menilai semula tahap kecergasan pemain bagi memastikan mereka sentiasa bersedia beraksi dalam apa juga keadaan termasuk ketika hujan dan panas. 

"Saya yakin mereka menjadikan kekalahan berkenaan sebagai pengajaran dalam usaha memperbaiki kedudukan di carta liga selepas MU berada di tangga kedua menjelang aksi penutup pusingan pertama berdepan ATM di Temerloh yang juga berlangsung pada petang," kata dipetik daripada Berita Harian.

Menurut Mohd. Yusoff , kemenangan ke atas ATM FA penting dalam usaha memintas Kuala Lumpur sebagai peneraju liga selain memberi semangat dan motivasi lebih tinggi kepada pemain untuk bersaing pada pusingan kedua nanti. 

Katanya, walaupun ATM berada di dasar liga namun pemain MU tidak seharusnya memandang mudah saingan berkenaan berikutan lawan juga mengintai kemenangan mengejut ke atas skuad Hang Tuah. 

Justeru, katanya selepas rekod tanpa tewas lebur di tangan Singa Utara, sudah pasti MU tidak mahu menerima kekalahan kedua dan pada masa sama berhasrat meledak jaringan besar ke atas tuan rumah.
Powered by Blogger.