.

.

DEBUT SULUNG KHAIR JONES BERSAMA HARIMAU MALAYSIA

JONES... Pamer aksi baik ketika debutnya bersama skuad kebangsaan. Foto: Utusan
MELAKA 29 Mei - Pertahanan Melaka United membuat penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan apabila masuk menggantikan pertahanan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd. Fadley Mazlan yang dikeluarkan ekoran kecederaan.

Bercakap kepada Stadium Astro, Khair menjelaskan dia berasa lega berjaya mengatasi perasaan gementar dalam kemunculan pertamanya buat Harimau Malaysia walaupun hanya sempat beraksi selama 12 minit di atas padang.

Ini dibuktikan dengan permainan tenang yang ditampilkan Khair apabila dia menterjemahkan satu persembahan yang tidak mengecewakan buat pasukan yang dikendalikan Ong Kim Swee itu.

“Saya tidak sangka. Saya fikir akan gementar. Perkara itu pantas berlaku selepas Fadzley mengalami kecederaan dan saya sahaja pertahanan kiri yang ada. Mungkin saya tidak ada masa untuk berasa gementar,” katanya selepas tamat perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri, 0-0.

Sementara itu, Khair berkata, dia berhasrat mempamerkan sesuatu buat skuad kebangsaan jika kebolehannya dapat menarik minat Kim Swee.

“Saya tidak tahu. Saya hanya pemain yang tampil dari luar negara. Mungkin masih ramai lagi pemain bagus yang berada di Malaysia,” tambahnya.

Malaysia akan berdepan saingan play-off kelayakan Piala Asia 2019 menentang Timor Leste. Aksi pertama perlawanan akan berlangsung 2 Jun ini, di Larkin.
Powered by Blogger.