.

.

IMPAK SPASOJEVIC BANTU TINGKAT PERSEMBAHAN LABI

SAHABAT... Peranan Spasojevic beri impak terhadap persembahan Labi musim ini. Foto: FB Labi.
MELAKA 18 Mei - Pemain tengah, Labinot Harbuzi atau Labi memuji impak yang dibawa skipper, Illija Spasojevic sejak dia tiba di Melaka United.

Labi yang tiba di Malaysia pada 8 Desember tahun lalu berkata, Spasojevc banyak membantu beliau menyesuaikan diri dengan budaya dan suasana di negara ini.

Katanya, kelebihan Spasojevic yang pernah beraksi lebih lima tahun di Indonesia membuatkan penyerang berasal daripada Montenegro itu dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.

"Dia sentiasa membantu dalam segala apa yang saya perlukan. Terjemahan ketika latihan, sebelum perlawanan dan di luar padang.

"Spasojevic adalah sahabat terbaik dalam dan luar padang. Gambar (di atas) inilah yang menggambarkan bagaimana keluhuran peribadi beliau. 

"Foto ini diambil selepas jaringan Spasojevic, hasil bantuan saya. Saya bermain lebih 15 tahun dalam bola sepak profesional, bersama ramai pemain yang baik tetapi saya tidak dapat gambar bagaimana sifat peribadi Spasojevic sebagai seorang lelaki dan pemain bola sepak," katanya dalam status terbaharu Facebook rasmi beliau.

Dalam pada itu, Labi berkata di gembira melihat aksi yang ditunjukkan Spasojevic terumatama selepas berjaya meledak empat gol menentang ATM FA semalam.

"Sudah pastinya Spasojevic akan menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini," ujarnya.
Powered by Blogger.