.

.

LIGA PERDANA 2016: PERLIS 2-1 MELAKA UNITED


TEWAS... Surendran mudah menolak masuk gol Melaka United melepasi kawalan penjaga gol Perlis. Foto: MUSA
Rekod tanpa kalah Melaka United di Liga Perdana musim ini lebur apabila dua gol lewat permainan Perlis membantu pasukan itu menang, 2-1 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, semalam.

Beraksi tanpa skipper, Illija Spasojevic yang dikenakan penggantungan satu perlawanan kerana mengutip tiga kad, segala tampak mudah bagi Melaka United apabila pemain sayap, R. Surendran berjaya meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit kedua perlawanan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, tuan rumah menggandakan asakan namun buntu menemui jaringan sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan.

Di separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling mengasak kubu lawan dan penantian tuan rumah bagi menyamakan kedudukan akhirnya berakhir selepas, penyerang import, Kayne Vincent mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-88.

Satu pemberian sepakan penalti yang boleh dipersoalkan kerana pemain Perlis jatuh di dalam kotak penalti 'bagaikan kapal terbang kertas'.

Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena, gawang Melaka United bocor lagi, kali ini menerusi seorang lagi penyerang import, Edward Wilson Junior yang mengambil kesempatan daripada kealpaan pertahanan Melaka United, dua minit selepas gol penyamaan tersebut.

Satu pencaturan yang kurang bijak Mat Zan Mat Aris namun segala kelemahan tersebut perlu diperbaiki segera bagi membangkitkan semula semangat pasukan agar kembali menemui sentuhan kemenangan.
Powered by Blogger.