.

.

PIALA MALAYSIA: MELAKA UNITED DALAM POT 3

BERPRESTIJ... Melaka United kembali dalam saingan Piala Malaysia selepas lama menyepi.
MELAKA 19 Mei - Pendahulu Liga Perdana, Melaka United diletakkan dalam pot tiga bersama pasukan Liga Super, Perak, Sarawak dan Pahang bagi undian peringkat kumpulan Piala Malaysia 2016.

Pot satu menyaksikan pendahulu Liga Super, Felda United diletakkan bersama-sama pasukan gergasi selatan, Johor Darul Takzim (JDT), Selangor dan T-Team.

Sementara itu, PDRM FA pula berada dalam pot dua yang turut dihuni dua pasukan pantai timur, Kelantan dan Terengganu serta Kedah.

Dalam pada itu, empat pasukan Liga Perdana, Kuala Lumpur, JDT II, Negeri Sembilan dan PKNS FC diletakkan untuk diundi dalam pot keempat.

Sumber: Ajitpal Singh


Powered by Blogger.