.

.

SELAMAT HARI LAHIR SUREN

HARI LAHIR... Surendran pasti impikan kemenangan sebagai hadiah bermakna buat dirinya. Foto: MUSA
MELAKA 17 Mei - Hari ini genaplah 33 tahun usia pemain sayap Melaka United, R. Surendran dan tarikh keramat inilah merupakan hari perlawanan ke-11 Liga Perdana sekali gus menutup pusingan pertama kempen musim ini. 

Pastinya, tiada apa yang lebih indah buat Surendran selain daripada jaringan dan kemenangan apabila anak buah Mat Zan Mat Aris ini turun ke Stadium Temerloh bertemu tuan rumah, ATM FA.

Di atas kertas, segalanya pasti mudah buat Melaka United selepas ATM FA hanya sekadar mengutip satu mata daripada 10 perlawanan.

Sebarang kealpaan dan sikap memandang rendah kemampuan lawan pasti akan memberi kesan terhadap misi mencari tiga mata penuh bagi mengekalkan kedudukan di puncak Liga Perdana.

Kecuali... Andai ada 'tangan ghaib' yang cuba mengganggu perlawanan sehingga menjejaskan peluang Melaka United untuk terus mencabar Kuala Lumpur di kedudukan teratas.

Apa pun, diharapkan skipper, Illija Spasojevic dan rakan-rakan mampu menterjemahkan tiga mata penuh kepada Melaka United sekali gus memberi hadiah yang cukup bermakna buat Surendran. Ayuh gegau Temerloh!
Powered by Blogger.