.

.

SOKONGAN CUKUP BERMAKNA - LABI

PENGHARGAAN... Labi memuji sokongan yang diberikan penyokong Melaka di Perlis. Foto: MUSA. 
KUALA LUMPUR 4 APRIL- Pemain tengah, Labinot Harbuzi atau lebih dikenali sebagai Labi memberikan penghargaan terhadap penyokong Melaka United atas sokongan yang tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan ketika menentang Perlis di Stadium Utama, Kangar, Perlis, semalam.

Kata pemain yang berasal dari Sweden itu, kehadiran penyokong memberikan satu rasa luar biasa, seperti beraksi di halaman sendiri khususnya dengan suasana yang dicipta penyokong ketika di sana.

“Terima kasih. Apa yang saya cuba jelaskan adalah sokongan yang anda (penyokong) berikan kepada kelab dan pemain adalah menakjubkan. Menyaksikan penyokong mengembara 10 jam perjalanan ke sini bagi memberikan sokongan adalah sangat bermakna.

“Suasana yang dicipta amat menakjubkan. Saya bangga mengatakan kita mempunyai penyokong terbaik di Malaysia,” katanya Labi menerusi status terbaharu akaun Facebooknya.

Status tersebut ditulis selepas perlawanan membabitkan Perlis menentang Melaka United yang menyaksikan kemenangan tuan rumah, 2-1 di Stadium Utama, Kangar.

Sebelum itu, Labi turut mempersoalkan beberapa keputusan pengadil yang disifatkan sebagai berat sebelah.

“Pemain terbaik perlawanan, pengadil. Menakjubkan,” ujarnya.
Powered by Blogger.