SPASOJEVIC KEHILANGAN BAPA TERCINTA

PERGI... Dragutin meninggal dunia pada usia 83 tahun. Foto: Spasojevic.
MELAKA 22 Mei - Kapten Melaka United, Illija Spasojevic kehilangan bapa tercinta, Dragutin yang meninggal dunia pada usia 83 tahun awal pagi semalam.

Spasojevic menerusi akaun Facebook rasminya memberitahu mengenai kepemergian bapanya dan mengucapkan terima kasih atas simpati yang ditunjukkan semua pihak.

Penyerang kelahiran Montenegro itu sempat beraksi dalam kemenangan 3-1 ke atas ATM FA yang mana menyaksikan beliau menjaringkan hatrik dalam perlawanan tersebut.

Sementara itu, pengurusan Persatuan Bola Sepam Melaka United (MUSA) turut menyatakan perasaan simpati terhadap Spasojevic.

"MUSA mengucapkan takziah buat penyerang, Ilija Spasojevic diatas pemergian ayahnya Dragutin pagi tadi yang berumur 83 tahun. 

"Ayahnya pernah membawa NK Rijeka memenangi Piala Yugoslavia 1978 sebagai jurulatih," katanya dalam status terbaharunya di sini, semalam.