.

.

TERIMA KASIH, KAVI!

KAVICHELVAN... hanya setengah musim bersama Melaka United. Foto: MUSA
MELAKA 7 MEI - Pemain sayap Melaka United, V. Kavichelvan sah meninggalkan pasukan bagi menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai anggota badan beruniform tersebut.

Perkara tersebut disahkan oleh akaun Facebook rasmi Melaka United apabila mengucapkan terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan yang ditabur sepanjang menyertai pasukan.

Untuk rekod, Kavichelvan baharu sahaja menyertai pasukan musim ini namun beliau banyak menghabiskan masa di bangku simpanan.

Menurut Melaka United, Kavichelvan akan menyertai PDRM bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai Inspektor.

"Pengurusan Melaka United ingin mengucapkan terima kasih kepada Kavichelvan di atas sumbangan beliau untuk pasukan.

"Semoga cemerlang dengan kerjaya baharu sebagai anggota PDRM," kata kenyataan itu di sini hari ini.
Powered by Blogger.