.

.

UNDIAN PIALA MALAYSIA: PELUANG TERBUKA DALAM KUMPULAN D

PIALA MALAYSIA... Senarai lengkap undian peringkat kumpulan. Foto: FMLLP
KUALA LUMPUR 24 Mei - Undian peringkat kumpulan Piala Malaysia 2016 malam tadi menyaksikan Melaka United diletakkan bersama Felda United, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Ini bermakna peluang terbuka kepada semua pasukan untuk layak ke peringkat kalah mati dengan cabaran utama menanti Melaka United pastinya daripada pasukan tangga kedua Liga Super, Felda United.

Sementara itu, Melaka United berpeluang membalas dendam terhadap Terengganu selepas skuad Sang Penyu itu menyingkirkan mereka di pusingan kedua Piala FA tahun lalu.

Cabaran pasukan tetangga, Negeri Sembilan pula tidak boleh dipandang ringan dengan sebarang sikap terlalu yakin pastinya akan memakan diri.

Dengan undian ini, jurulatih, Mat Zan Mat Aris pastinya mampu menarik nafas lega namun perlu merencanakan sesuatu bagi memantapkan pasukan sekali gus dapat melangkah sejauh mungkin dalam kejohanan berprestij ini.
Powered by Blogger.