.

.

MAMEE-Double Decker suntik dana RM1 juta


MELAKA 29 Jun - Usaha Melaka United bagi mencapai kedudukan terbaik dalam kempen Liga Perdana musim ini mendapat perhatian penaja apabila syarikat makanan segera, Mamee-Double Decker tampil memberikan suntikan tajaan kepada pasukan ini.

Sumbangan dana sebanyak RM1 juta oleh Mamee-Double Decker pastinya melegakan pasukan dalam mengharungi separuh musim kedua liga yang menuntut kestabilan pasukan baik dari sudut permainan mahupun kewangan.

Dana tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd., Tan Sri Pang Tee Chew kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dalam majlis berbuka puasa di Istana Melaka baru-baru ini.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.