.

.

Ferris Daniel ledah dua gol tundukkan ATM


MELAKA 25 Jun - Hasrat ATM FA menjinakkan Melaka United di halaman lawan tidak kesampaian apabila tunduk 2-3 kepada pendahulu Liga Perdana itu dalam aksi persahabatan di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Penyerang baru, Ferris Daniel Nasir muncul wira Melaka United selepas meledak dua gol sementara jaringan kemenangan tuan rumah disumbangkan Yashir Pinto Islame pada minit ke-88.

Prestasi yang dipamerkan pemain-pemain baharu dalam dua aksi persahabatan semakin baik dengan pasukan mencatat satu seri dan satu menang daripada dua aksi persahabatan.


Melaka United akan meneruskan aksi pemanas badan terakhir menentang pasukan Liga Super, Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan 3 Julai ini.
Powered by Blogger.